Akhir tahun 2019, saya meneruskan misi pendermaan darah saya sekitar tabung darah. Dan kali ini saya datang ke Tabung Darah Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Beberapa hari sebelum hari pendermaan darah, saya terlihat dekat facebook page, Tabung darah Hospital Sultan Ismail mengumumkan bahawa kekurangan darah jenis B di hospital- rasa bangga diri sikit dan bermakna semperna kali pendermaan darah yang akan datang ini. Tabung Darah Hospital Sultan Ismail terletak di tingkat empat hospital. Pada permulaan, saya masih bimbang kekurangan parkir kereta di hospital akan menyebabkan perlu jalan kaki panjang selepas pendermaan darah. Rupa-rupanya tempat letak kereta agak banyak di hospital ini -mungkin ruangan untuk pembangunan masa depan. Penderma darah yang tampil diri ke tabung darah memang tidak ramai pada hari biasa . Sepanjang pendermaan darah saya, saya seorang pengunjung sahaja. Mungkin Hari Ahad lebih ramai penderma darah ?ataupun penderma kawasan sini lebih suka b...