Kali ini pulang ke Kuala Lumpur sempena cuti Deepavali, jadi masa cuti kat Kuala Lumpur adalah lebih panjang bagi saya berbanding dulu, maka rehat pun lebih cukup dan tidak merasa letih seperti yang lalu. Jadi saya buat keputusan untuk melawat Pusat Darah Negara Kuala Lumpur, di mana ianya pun terletak sebelah stesen MRT2 yang baru. Hal yang paling bimbang bagi saya sebelum pendermaan darah adalah gagal ujian sampling- jikalau rasa letih, senang gagal heart pulse (perlu kurang daripada 100kali per minute) dan bazir usaha pergi ke tabung darah. Proses derma darah di Tabung Darah Kuala Lumpur pada asasnya adalah sama seperti Tabung Darah Singapura yang sering saya kunjungi. Sebaik sahaja anda memasuki pintu utama, tempat duduk di sebelah kiri disediakan untuk penderma darah mengisi maklumat peribadi anda. Kakitangan tabung darah hanya akan membenarkan anda menekan nombor di mesin selepas anda melengkapkan borang. Memandangkan aku tiba pada t...